Kenapa aku tulis pengalaman kisah hidupku sebagai PLU? Hanya satu tujuan. BAGI MEREKA YANG MASIH SANGSI DENGAN KECENDURANG MEREKA. Jikalau ada PLU di luar sana yang masih rasa sangsi, atau dalam tempoh mencuba, curiosity, atau hanya nak mecari pengalaman,ingatlah… ada sebab mengapa takdir tuhan itu masih menjaga aib, kehormatan, nafsu kau pada saat kau sudah dewasa ini. Jika kau ada rasa sangsi walau sedikit pun dalam diri kau, Tuhan masih sedang menjaga dan menguji kau. Tidak kira pada usia mana pun, disaat kau dah mengetahui fizikal dan emosi kau tentang kecenderungan seksual kau, tetapkan dalam diri samada inikah jalan yang kau pilih. Jika kau dah tetapkan jalan yang kau pilih, maka carilah kawan dahulu, bukan mencari nafsu. Cari kawan yang kau boleh luahkan segala dalam lubuk hati kau. Segala apa yang terbenak dalam hati kau. Cuba mencari kawan sebelum mencari pasangan. Dengan berkawan itulah dapat kau mengenal lebih medalam dunia PLU berbanding kau terus terjun ke dalam lubuk ini...
Di sini bermula kisah bisexual aku kembali. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah bercouple dengan perempuan. Malah, aku berasa jelek jika ada kawan aku yang berpasangan, lagi-lagi ketika waktu persekolahan dahulu. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku berpendapat sedemikian-keluarga, agama, masyarakat dan diri sendiri. Dalam fikiranku, aku tidak perlu terburu-buru dalam mencari pasangan. Jika ada jodoh, maka adalah ia. Aku juga mempunyai pemikiran yang koservatif. Aku tidak percaya dengan pergaulan secara bebas, malah ia mesti menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Aku memandang tinggi bagi mereka yang menjaga kehormatan dan keaiban mereka. Itulah yang menjadikan diriku. Kemudian baru aku sedar yang apabila aku berjumpa dengan PLU, aku berkelalukan sama seperti aku bersama dengan wanita. Tidak pernah sekali aku memegang mereka, menyentuh atau meraba mereka melainkan melalui salam secara formal. Kerana aku sedar, ada kehormatan yang harus aku jaga. Jadi, tidaklah berla...