Kenapa aku tulis pengalaman kisah hidupku sebagai PLU? Hanya satu tujuan. BAGI MEREKA YANG MASIH SANGSI DENGAN KECENDURANG MEREKA. Jikalau ada PLU di luar sana yang masih rasa sangsi, atau dalam tempoh mencuba, curiosity, atau hanya nak mecari pengalaman,ingatlah… ada sebab mengapa takdir tuhan itu masih menjaga aib, kehormatan, nafsu kau pada saat kau sudah dewasa ini. Jika kau ada rasa sangsi walau sedikit pun dalam diri kau, Tuhan masih sedang menjaga dan menguji kau. Tidak kira pada usia mana pun, disaat kau dah mengetahui fizikal dan emosi kau tentang kecenderungan seksual kau, tetapkan dalam diri samada inikah jalan yang kau pilih. Jika kau dah tetapkan jalan yang kau pilih, maka carilah kawan dahulu, bukan mencari nafsu. Cari kawan yang kau boleh luahkan segala dalam lubuk hati kau. Segala apa yang terbenak dalam hati kau. Cuba mencari kawan sebelum mencari pasangan. Dengan berkawan itulah dapat kau mengenal lebih medalam dunia PLU berbanding kau terus terjun ke dalam lubuk ini...
JIKA KAU ANTARA MEREKA YANG BERASA SANGSI DENGAN KECENDERUNGAN SEKSUAL, INI ADALAH TELADAN UNTUK KAU. Blued akaun-apiq91